fbpx

KELAS INI TERHAD UNTUK 1,000 TERAWAL SAHAJA

KEMBALI

Bercinta

AS SEEN ON

LEBIH 60,000 KES PERCERAIAN BERLAKU DI MALAYSIA SETAHUN

LEBIH 60,000 WANITA TELAH KAMI BANTU DALAM PROGRAM KEMBALI BERCINTA

DAN 7,000 WANITA YANG HAMPIR BERCERAI TELAH DISELAMATKAN & KEMBALI BAHAGIA BERSAMA PASANGAN

Saya selalu rasa suami saya ni hilang, tak tahu dah kemana, saya rasa dah takde harapan. Saya sentiasa cari cara macam mana nak lepaskan diri dari dia, saya dah tak boleh tahan! Saya cuba bertahan tapi akhirnya saya sedar what is the journey yang I dah lalui. 1 tahun lalu dia kata saya bini neraka dia, harini dia kata saya sumber inspirasi dia. Saya dah jumpa diri dia yang saya cari. Saya merendah diri beritahu apa yang saya nak. Tiba2 Allah hadirkan suami saya macam yang saya cari, yang saya rindu 17 tahun dulu. Saya tahu akhirnya Allah nak beri seperti apa yang saya dapat harini, Allah akan bagi better lagi next.

Puan Nia

Usahawan

Dan ini suami saya…

Rahim Shukor

“Pada tahun kedua perkahwinan, saya dan isteri mula mengalami konflik yang semakin hari semakin besar yang mana pada masa tu saya tu apa yang saya sedari adalah saya tidak ada ilmu dalam perhubungan terutama yang melibatkan hubungan intim. Hal ini telah menjadi penyebab saya dan isteri sering berbalah, berlaku kehadiran orang ketiga dan sehingga kami hampir berpisah.

Saya dan Diyana Tahir mengambil keputusan untuk keluar mencari ilmu yang sepatutnya kami ada dalam rumahtangga kami dan selepas saya amalkan ilmu ini ada satu perbezaan dan perubahan yang saya rasai sehingga berjaya membuat saya lebih terbuka dengan isteri. Secara ringkasnya, selepas mengamalkan ilmu ini membuatkan hadirnya deep connection antara saya dan isteri sekaligus meningkatkan hormon cinta saya pada isteri.”

Dengan ilmu serta pengalaman yang diperoleh

Kami nak bantu anda kembali bercinta bersama pasangan anda seperti awal perkahwinan

Adakah anda sedang alami salah satu situasi seperti berikut? 

1.

Suami Curang & Disondol

Suami kantoi curang malah sehingga terlanjur menyebabkan anda tak boleh ‘function’ dalam keluarga atau kerja kerana terduduk dengan rasa kecewa, marah dan tertipu atas perbuatan suami dan penyondol. Walau pernah cuba beri peluang dan kemaafan, trauma dikhianati menghantui dengan rasa syak wasangka hingga tawar hati jadinya. Apatah lagi bila suami berulang kali mendustai janji. Kelukaan dan rasa jijik bertambah bila suami dan skandal ‘play victim’ saling mengadu kisah dalam kain, malah berfantasi seksual pula demi meraih perhatian! Hati isteri mana yang mampu menanggung semua ni?

2.

Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) Yang Diuji

Resah gelisah tatkala terpaksa PJJ. Bukan tak cuba nak support kerjaya pasangan dan hidup berdikari. Kita pun taknak menyusahkan dan merisaukan suami… Tapi ternyata tak mudah nak urus segalanya sendiri! Nak mengadu takut di salah fahami, nak bercinta tak reti dengan jarak yang menguji. Belum masuk segala syak wasangka terutama tatkala pernah diuji. Dihantui faktor jarak menjadi peluang suami ambil kesempatan mencurangi dan berjoli sedang kita bersusah payah sendiri menjaga anak dan famili.

3.

Hubungan Intim Hambar

Hubungan intim anda dengan suami sangat jarang, sehingga timbul pelbagai prasangka. Adakah dia hilang selera kerana ada orang ketiga? Sudahlah selalu mengelak dengan alasan letih kerja, bila bersama, suami pula cepat je game-over dan kadang-kadang tak terangsang pun buat isteri khuatir adakah kerana aku tak cukup menggoda? Dengan orang ketiga atau porno ok pulak. Dalam trauma ditolak dan kesakitan sering dibiar tergantung sepi, anda jadi susah nak turn on! Sejujurnya, walau anda tak pernah menolak, anda tak merasa nikmat sangat pun ketika bersama. Kekecewaan berganda memikirkan walau tak pernah menolak tanggungjawab sebagai isteri, suami tetapi tak kenyang dan sanggup bermaksiat dan makan luar! Sakitnya hati terkadang rasa lebih baik mati dari menanggung sakit begini. Apa lagi yang suami nak sebenarnya ni?

4.

Suami Biawak Hidup, Tak Bertanggungjawab

Mentang-mentang anda bekerjaya, suami ambil mudah isu nafkah dan tanggungjawab kepada keluarga. Bila-bila perlu wang tambahan untuk anak dan perbelanjaan, suami tuduh boros dan diherdik tak pandai mengurus kewangan malah dipukul bila cuba mempertahan. Bukan nya minta bukan-bukan, tapi keperluan. Sedih acapkali kena pujuk anak-anak yang tak dapat apa yang mereka perlukan. Kadang terasa macam pengemis yang hina. Sampai hati! Mak ayah anda pun besarkan anda cukup makan pakai dijaga rapi tapi tidak suami sendiri. Terpaksa berjimat-cermat dan habis segala simpanan kerana selama ni anda tak pernah berkira dah terbiasa susah senang bersama. Akhirnya kantoi, rupanya wang dihabiskan untuk berjoli dan orang ketiga! Patutlah tak pernah cukup. Anda dan anak-anak hilang hormat terhadap ketua keluarga. Rasa lebih baik sendiri, akhirnya memilih untuk berpisah. Bertambah Malang, orang ketiga menghalang hubungan bekas suami dan anak-anak. Bagai keluar mulut harimau, masuk mulut buaya…

5.

Pasangan Dengan Tabiat Dan Keinginan Luar Biasa

Anda buntu menghadapi pasangan yang ada tabiat dan keinginan-keinginan pelik terutamanya dalam hubungan intim. Apatah lagi yang anda rasakan bertentangan dengan agama dan pegangan anda! Tak cukup dengan porno, berfantasi yang bukan-bukan pula. Bila ditolak, dia meragam, buat hal dan baran. Nanti tak diberi dia mencari pula alternatif di luar. Kalau orang tahu, mana anda nak letak muka? Suami anda bukan orang biasa-biasa. Walaupun pada dasarnya suami baik, anda sebenarnya merana, terseksa, jijik dan rasa terhina. Bagaimana nak hadapi pasangan begini? Siapa yang boleh bantu anda tanpa menghakimi?

 

 

Jika ya, mungkin ini yang anda impikan

1.

Tenangkan diri dengan bermaruah terutamanya saat diuji dengan suami & orang ketiga kerana orang yang tenang akan menang.

2.

Lebih memahami dan membina komunikasi yang lebih baik dengan suami secara matang dan tenang bila mengalami konflik dan ketegangan dalam perhubungan.

3.

Membina kejelasan untuk membuat keputusan yang betul dalam keputusan dalam krisis rumahtangga sama ada pasangan patut diberi peluang atau berpisah dengan cara yang damai.

4.

Membina kemaafan, saling memaafkan dengan penuh tulus ikhlas tanpa dendam terhadap pasangan.

5.

Menjadi satu-satunya isteri pilihan dan dambaan suami & memikat hati suami hingga suami singkirkan orang ketiga tanpa dipinta.

6.

Mengembalikan cinta, kasih sayang, perhatian dari suami, kembali bercinta bersama suami hingga perasaan rindu dan cinta yang membuak-buak walaupun baru seketika tidak bersua. apatah lagi bila berjauhan.

7.

Sentiasa tersenyum, ceria & semakin yakin dengan diri sendiri secara luaran mahupun dalaman. tiada lagi rasa rendah diri dengan orang lain dan bersangka buruk terhadap pasangan.

8.

Menjadi inspirasi kepada keluarga.

9.

Tingkatkan keintiman bersama pasangan.

Ini SOLUSI Jika Anda Serius Untuk Kembali Bercinta

Daftar Kelas Online Percuma Sekarang!

SIHIR ATAU CINTA

Kembalikan semula ‘spark’ di dalam hubungan dan atasi rasa cemburu serta sikap suami yang dingin di dalam kelas SIHIR ATAU CINTA. Khas untuk anda yang nak suami melekat dekat dengan anda je. Tawan hati pasangan bagi mengelak hadirnya orang ketiga dengan ilmu 13 Jampi Menangi Hati Suami.

3 MINIT KE 3 JAM

Bagi yang mengamalkan hubungan intim yang tidak sihat, kelas ini adalah khas untuk anda. Khas untuk anda yang nak menambah ilmu keintiman bagi mengelakkan daripada kemudaratan. Ubah hubungan yang hambar menjadi lebih bermakna dengan 3 Formula kembalikan ‘SPARK’ cinta dengan suami di atas katil!

MADU @ HEMPEDU

Kalau dah dimadukan oleh suami secara senyap-senyap di belakang memang susah nak menerimanya. Peritnya berkongsi kasih sayang dengan orang ketiga ni hanya anda je tau. Sakit tau! Jadi sampai bila nak terus makan hati? Kelas ni khas untuk anda tahu resipi rahsia merawat hati yang remuk setelah dimadukan.

Perkongsian Peserta Kelas Online eHati

Dengar apa yang peserta kami sendiri bagitahu